Frens whose heart as big as the brightest star..Almost an Angel...
How can one care fer a total stranger knowing his life may or may not...
I pray fer dis little boy whose fighting brian tumor...Moga Allah dan Malaikat2 Nye sentiasa bersama dier..Moga die diiringi kebahagian dan ketenangan..dunia dan juga di akhirat nanti...
Reminds me of my arwah fren...
Dia sebutir bintang
Dia sebutir bintang,
bergemerlapan menemani si bulan,
dikelilingi awan gemawan
menghias dada malam mengerdip cantik.
Dia sebutir bintang,
wajahnya tenang setenang air di kali
senyumannya menawan hati siapa yang memandang.
Di sebalik kesakitan, di sebalik keperitanada kegembiraan.
Dia sebutir bintang,
yang tabah menjalani sisa-sisa kehidupan
walaupun tidak dapat melihat dengan mata kasar
dia masih mampu melihat dengan mata hatinya.
Dia sebutir bintang,
hadirnya di dunia mengajar manusia erti kemanusiaan,
mengajar manusia erti sebuah kehidupan,
mengajar manusia erti pengorbanan.
Hadirnya memberi sinaran pada kesuraman
dan kegelapan malam.
Dia sebutir bintang,
yang berjaya menawan hati ini
berjaya mencelikkan rasa keinsafan
berjaya membangunkan sifat kemanusiaan
berjaya menyedarkan aku dari kealpaan...
Dia sebutir bintang,
walaupun jauh di mata..
dekat di hati
walaupun tidak pernah berjumpa
dan bersua muka,
dirinya akan ku ingat sentiasa..
kata-katanya akan kujadikan pembakar semangat
untuk terus berjuang
menempuh ranjau hidup ini
walaupun terpaksa merempuh pelbagai onak dan duri.
kerana kehadirannya telah mengajar ku erti hidup yang hakiki..
Terima kasih adikku Khairul
ketahuilah, jika perginya dirimu kelak
pemergianmu bukan suatu yang sia-sia
kerana kehadiranmu telah membuka mata hati diri ini
dan juga mereka-mereka yang mengenalimu..
Stolen from marylam's blog...
Tuesday, June 21, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment